Ahad, 6 Mei 2012

aku teristimewa


Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki namun aku percaya yang setiap insan mempunyai kelebihan masing-masing dan punyai kelemahanku sendiri.Oleh yang demikian aku begitu yakin yang aku BUKAN INSAN BIASA aku adalah YANG TERISTIMEWA untukNya.

Sebagaimana Adam dicipta begitu juga aku dicipta oleh Pencipta iaitu Allah s.w.t. .Namun sejauhmanakah kita menunjukkan rasa cinta kita kepadaNya?Pernahkah kita terfikir?Aku sedar yang aku juga masih melakukan kesilapan yang sama tetapi tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya kita saling nasihat-menasihati.

Soal perasaan hati dan cinta kepada makhluk(Marhabah Mujanasah) amat sukar untuk aku ungkapkan terutamanya kepada wanita yang bukan mahram untukku.Kekadang rasa ingin dicintai dan disayangi timbul namun aku cuba dan kuatkan diriku untuk terus teguh dengan pendirianku yang 'Indahnya Cinta Selepas Akad' dan aku berharap aku dapat bertemu dengan zaujahku yang menjadi pelengkap rusuk kiriku yang telah dijodohkan untuk ku olehNya.

Soal akhlak dan sahsiah diri aku cuba untuk mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w walaupun tidak secara menyeluruh namun sedikit sebanyak aku cuba untuk mengamalkan dan istiqamah dalam menjaga sunnah baginda.Karena Rasulullah merupakan contoh teladan untuk sekian makhluk manusia.

Soal ketaatanku kepada AgamaNya merupakan tunjang untuk menjadi Yang Teristimewa.Kenapa aku perkatakan sedemikian?Karena Allah lah tempat kita meminta doa dan pertolongan sebagaimana yang selalu kita lafazkan dalam solat kita:


Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

  

 Maknanya kita telah mengaku yang Allah itu layak disembah dan Rasulullah s.a.w itu pesuruhNya.Dan apa yang dikhendaki olehNya pasti dilaksanakan olehNya

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82) 


Disebabkan itu aku mesti menjaga hubunganku dengan Allah dan hubunganku dengan manusia(HabluminaAllah waHabluminannas) agar hidupku diberkati olehNya

Subhanallah akhir bicara Yang Teristimewa perlukan pengorbanan bukan sahaja memerlukan bicara kosong ayuh sama-sama kita menjadi Yang Teristimewa insyaAllah